Pantai Pasir Lanun, Mersing

12 05 2009

Alhamdulillah sesudah sekian lama web blog saya nie tak berupdate dengan gambar2 terbaru, akhirnya dapat juga saya memaparkan sedikit gambar2 terbaru yang sempat saya rakamkan ketika saya menziarahi keluarga adik saya di Pahang pada hari minggu yang sudah. Di kesempatan lawatan saya kerumah keluarga adik saya, saya telah pergi bersiar2 bersama keluarga ke Pantai Pasir Lanun yang terletak di sempadan Johor didalam daerah Mersing.

Di bawah beberapa keping gambar yang saya publishkan untuk tatapan semua yang saya sempat rakamkan…..Di harap anda semua yang melawat web ini dapat melihat keindahan pantai ini daripada hasil rakaman saya. Terima kasih juga kepada semua pelawat web ini yang setia dan tak jemu2 serta setia menanti hasil2 daripada saya….Terima kasih sekali lagi dari saya dan insyallah jika ada hasil2 terbaru akan saya terus abadikannya di sini untuk di kongsi dengan anda…

Wassalam

WKS

Di sini saya selitkan gambar Wan Ainin Sofia dan Ariffa Dalila (Sepupu Ainin) ketika bersantai di tepi Pantai Pasir Lanun, Mersing.





Umrah Dan Ziarah Madinah (Siri 2)

16 11 2008

Assalamualaikum….

Agak lama juga saya menyepikan diri kali nie…Selalunya 1-2 minggu jer paling lama…Tapi kali nie lama sikit berbanding sebelum ini…Maafkan saya kepada yang bertanya kemana saya pergi…Sebenarnya saya tidak kemana2 pun…Ada…Cuma kerja2 yang saya buat sekarang nie tengah banyak dan memerlukan konsentrasi yang lebih sikit…Apapun insyallah saya takkan tinggalkan web saya nie begitu saja….Saya akan cuba mengupdatenya sekerap mungkin semampu yang boleh…Insyallah…

Ok lah seperti yang telah saya janjikan pada post sebelum nie untuk meletakkan gambar2 umrah dan ziarah saya ke tanah arab….Hari ini insyallah saya akan tunaikan….Kali saya letakkan gambar2 saya ketika di Madinah…Sebenarnya gambar yang saya amik di sana ada banyak…tapi hanya beberapa keping saja yang saya letakkan di sini….Yang saya letakkan nie pun saya pilih secara random saja….Harap kawan2 yang singgah berpuas hati menatapnya…..

Lupa pula saya nak menjawab soalan2 yang ditanya oleh kawan2 di dalam post saya sebelum nie…Bagaimana saya mengambil gambar didalam masjidil haram…..Sebenarnya membawa camera compact tidak lah menjadi masalah ketika saya membuat umrah di sana…Ramai jemaah2 yang datang membawa kamera compact digital ataupun handphone camera di dalam….Tetapi jika membawa DSLR mungkin tidak lepas kerana di periksa oleh petugas masjid di setiap pintu….Untuk gambar Kaabah tersebut saya menggunakan kamera DSLR 400D saya……Tetapi saya meminta kebenaran dari pihak masjid untuk di bawa masuk..Dan alhamdulillah permohonan saya di luluskan untuk seketika saja….Itu lah cerita nya sedikit sebanyak bagi menjawab pertanyaan kawan2 ….

Takder apa nak di ceritakan lagi…..Kali nie kita tengok gambar2 di Madinah plak…..

Gambar Masjid Nabawi iaitu masjid di mana nabi membinanya di kawasan rumahnya..Di sini juga terletaknya makam Nabi Muhammad SAW dan juga para sahabat seperti Abu Bakar As-Sidiq, Uthman Al Afan dan yang lain2….

Masjid Quba’ iaitu masjid pertama sekali yang di bina oleh Rasulullah SAW…

Keadaan didalam Masjid Quba. Kelihatan jemaah sedang menunaikan solat sunat didalamnya.

Jabar Uhud tempat di mana berlakunya peperangan di antara Kaum Kafir Quraisy dan juga orang islam. Peperangan ini di kenali peperangan uhud dimana umat islam tewas.

Bukit dimana pemanah2 umat islam ketika perang uhud berkumpul dan berjaga menanti kehadiran kaum Quraisy.

Gambar di hadapan Gua Uhud. Di mana Rasulullah telah bersembunyi dalam peperangan Uhud bersama sahabat baginda Saidina Abu Bakar.

Keadaan didalam Gua Uhud. Gambar menunjukkan tempat duduknya baginda Rasulullah ketika bersembunyi. Batu di mana baginda duduk berbau wangi berbanding batu2 yang ada di sekeliling.

Bulatan berwarna merah tersebut di katakan para ulama adalah tapak kaki Rasulullah di bukit sajadah.

Jika ke tanah suci jemaah pasti tidak akan terlepas untuk berkunjung ke Pasar Kurma yang menjual pelbagai jenis buah kurma untuk di bawa balik kepada para keluarga dan sahabat.

Sekian dahulu dari saya untuk kali nie siri saya membuat umrah dan insyallah kita jumpa lagi di lain post. Insyallah..

WKS – 2008