About Me

aku.jpg Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan dan pelawat yang sudi bertandang ke laman web ini. Tujuan saya mewujudkan laman web ini adalah untuk di pertontonkan kepada sesiapa yang datang melawat untuk melihat hasil-hasil kerja yang saya buat dan lakukan menggunakan kamera yang saya miliki.

Photography bukanlah bidang saya yang sebenarnya. Ia hanyalah sebagai sebuah hobi  saya di masa lapang.

Oleh itu, disini saya ingin ceritakan serba sedikit kisah bagaimana saya boleh berminat dalam bidang photography dan bermula.

Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga sederhana dan mempunyai 3 adik beradik. Saya mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah berasrama penuh di MRSM Kuantan. Kemudian saya menyambung pelajaran saya ke menara gading dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Setelah tamat daripada belajar di menara gading saya telah di tawarkan berkerja di sebuah syarikat multinational dalam bidang kejuruteraan minyak dan gas (oil & gas) sehinggalah sekarang dan telah berkhidmat selama lebih kurang 7 tahun.

Minat saya terhadap photography bermula sejak saya berada dalam darjah 5 lagi. Ketika itu saya tidak lagi mempunyai kamera. Hanya menumpang kamera SLR milik bapa saudara saya. Di sinilah awal pembabitan dan permulaan pelajaran saya dalam bidang photography. Beliau lah yang banyak memberi tunjuk ajar dan cara bagaimana untuk menggunakan kamera secara betul serta asas-asasnya. Walaubagaimanapun perkara ini tidak berpanjangan. Kamera yang dimiliki bapa saudara saya telah rosak dan tidak dapat diperbaiki lagi. Dengan itu saya tidak lagi dapat belajar dan meneruskan minat saya setelah hampir 2 tahun mempelajari serta mempraktikkannya.

Ketika saya berada di Tingkatan 3,  saya mula mengumpul duit hasil dari duit belanja sekolah sikit demi sedikit untuk membeli kamera 35mm filem. Hampir setahun juga saya mengumpulnya. Dan akhirnya saya berjaya membeli dengan harga RM 70.00. Walaupun harganya murah jika di bandingkan dengan nilai harga sekarang tetapi untuk saya yang ketika itu ianya adalah suatu pelaburan dan pembelanjaan yang cukup besar. Setelah membelinya, saya terus menggunakan kamera tersebut dan mengambil apa jua jenis gambar yang saya minati. Walaupun penggunaannya terhad, kerana minat saya tetap menggunakannya. Ini kerana kos pembelajaan yang di gunakan untuk mengambil gambar bagi saya ketika itu terlalu besar kerana kos itu akan digunakan untuk membeli filem dan mencucinya.

Ketika saya berada di tingkatan lima kamera kesayangan saya didapati telah rosak dan tidak dapat di gunakan lagi. Dengan kejadian ini saya telah sekali lagi berhenti daripada bermain dengan kamera.

Untuk jangkamasa yang lama, minat yang dahulu sudah pudar kini kembali semula setelah 3 tahun saya berada di alam pekerjaan. Ianya bermula apabila saya melihat kepada satu majalah yang memaparkan gambar-gambar yang cantik. Saya amat teruja dan keinginan saya kembali untuk menggunakan  kamera dan  mempelajari photography.Saya bermula kembali  dengan membeli Camera DSLR Canon 30D yang ketika itu baru sahaja di lancarkan. Entah bagaimana nasib malang menimpa saya setelah 6 bulan memakainya kamera Canon 30D saya telah di rompak ketika ianya ditinggalkan di dalam kereta ketika saya pergi ke pasaraya besar. Lalu sekali lagi penglibatan saya dalam bidang photography terhenti. Setelah dua bulan saya tanpa kamera keinginan saya tidak tertahan lagi. Walaupun ketika itu kewangan masih belum mencukupi dan terhad tetapi saya membelinya juga. Iaitu sebuah kamera jenama Canon DSLR 350D.

Setelah 10 bulan berlalu saya menambah sebiji lagi kamera iaitu jenama kamera pertama saya Canon 30D. Oleh kerana saya merasakan yang saya terlalu jarang menggunakan kamera 350D saya telah pun menjualnya kepada seorang rakan dan hanya mengekalkan sebuah sahaja kamera iaitu Canon 30D sehinggalah sekarang.

Apa yang saya buat dan lakukan dalam bidang photography ?

Untuk pengetahuan semua semua jenis photography adalah menjadi minat saya. Samada landscape, potrait, wedding, model, nature, macro, sport, event, corporate dan sebagainya. Selain itu saya juga ada menerima tempahan daripada kawan-kawan, orang ramai dan juga para pengantin untuk melakukan shooting photography. Saya hanya melakukan di atas permintaan. Segala gambar dan juga moment yang saya rakamkan anda bolehlah lihat dengan melayari web ini.

Di harap saya dapat memberi yang terbaik untuk anda. Segala komen dan juga cadangan boleh lah di emailkan kepada doubleukayes@yahoo.com ataupun Yahoo Messenger dengan saya di YM:doubleukayes.

Wassalam

WKS (Doubleukayes)
2007



%d bloggers like this: