Motocross Johor Baharu 2009

8 06 2009

Semalam saya bersama beberapa rakan photographer di JB berkesempatan dan berpeluang merakamkan gambar2 aksi motocross yang berlangsung di belakang Kompleks Belia dan Sukan Johor Baharu….Acara ni berlangsung dari 6 – 7 Jun 2009….

Ini adalah pertama kali untuk saya merakamkan gambar2 aksi motocross ini….Jadi mungkin gambar yang di paparkan di sini juga bukanlah yang terbaik dari saya untuk di tatapi….Walaubagaimanapun cadangan dan kritikan dari saudara/i dalam membina kemahiran photography saya amatlah di alukan….

Melalui pengalaman yang saya dapat dengan merakamkan gambar2 motocross, di sini saya ingin berkongsi beberapa panduan untuk saudara/i sebelum pergi menembak gambar motocross …..Pengalaman yang di kongsi ini bukanlah bagaimana menggunakan kamera kerana saya tahu kebanyakkan saudara/i semuanya telah pandai dan hebat…Tetapi apa yang hendak di kongsikan ialah apa yang perlu disediakan sebelum pergi menembak ….Di bawah di senaraikan beberapa tips…

1. Sediakan kasut yang sesuai iaitu kasut yang tahan dengan debu dan ketika hujan ialah kasut yang takkan rosak ketika dalam lumpur….Kasut yang saya pakai ketika mengambil gambar ni ialah kasut getah keseluruhannya……Senang cakap kasut pergi menoreh getah…..Lagi satu kasut nie fleksible dan mengikut pergerakan tapak kaki…Kenapa perlukan kasut yang fleksible , sebab memudahkan kita bergerak dalam lumpur dan juga tanah yang tidak rata…..

2. Sediakan baju hujan….Selain melindungi diri dari hujan ianya juga boleh melindungi kita dari debu dan lumpur …

3. Sediakan plastik untuk melindungi kamera anda ….Ketika aksi berlansung ..Banyak debu atau lumpur akan berterbangan dari motor dan akan terkena kepada kita dan juga kamera kita ……..

4. Sediakan topi…Kerana aksi tersebut selalunya berlangsung di waktu pagi hingga petang…Selain melindungi anda dari panas terik matahari ianya juga boleh melindungi anda dari hujan dan sakit kepala….

Apa yang di beritahu diatas adalah sedikit panduan dari pengalaman saya sendiri …Mungkin ada lagi tips2 yang lain dari saudara/i yang tidak saya senaraikan disini…..Tips2 ini sebenarnya adalah untuk memberi keselesaan kita semasa kita mengambil gambar…Jika kita tidak selesa untuk mengambil gambar juga ianya agak sukar walaupun kita pandai dan tahu mengambilnya…..

Apapun di bawah ini beberapa keping gambar yang saya ambil untuk di kongsikan dengan anda semua….Segala kritikan dan komen yang membina amatlah di galakkan dan di dahulu dengan ucapan terima kasih…

Wassalam…..

WKS 2009


Actions

Information

12 responses

8 06 2009
cak

cool even in the hot day..hehe. love the panning shot. really admire ur editing, tone n color. teringin jgk shot even mcm ni, tp tak berpeluang.

thx for the advise..and the tips oso.

WKS Reply : Thanks bro…Just minor editing jer bro…Lebih2 tak tahu….Hehhehehee….For the advised i’m just doing base on the experiences only.

9 06 2009
FarEast

teramat kagum bila tgk hasil motocross ni … semua pic cantik … clear n sharp!

WKS Reply ; Terima kasih fareast….πŸ˜€

10 06 2009
aiman faizul kareem

sediakan kasut sebelum hujan…terima kasih kerana bagi saya tag along..maaf saya tak pakai baju kemeja.

WKS Reply : Wlpn dah hujan saya tetap sediakan kasut…Keh keh keh….Lepas jangan lupa bawak kot sekali bukan kemeja jer…Keh keh keh…

16 06 2009
mazrulphotoblog

Korang gi nembak motor tak calling-calling yea!
Superb photo…paling minat gambar yg last!
Bila la nak pakai f2.8 nih!

wks reply : Kawan pun dah last minit dapat sms dari abeja ( Siketua Kg)….Pergi pun dah petang kul 3.00…diorang lagi ler…sesudah jer subuh dah terpacak kat sana…….Hehhehehe

16 06 2009
izzat

lama x bertemu….
lama x sut

WKS Reply : Takkan dah duk putrajaya tak sut dah….Hehehhee

19 06 2009
Zara~AB

wow, pix motorcross yg cantik. i was so amazed with the 1st photo! giler ar, dirt is everywhere.

WKS Reply : Thanks zaraab….πŸ˜€

21 06 2009
mshafie

Motorcross..cantik dan sharp..ni guna shutter burst tinggi nih…

suka pada silhouette tu…

sbg tambahan kalo guna kasot Phua Chu Kang tu bagus tak…hehehhehee

WKS Reply : Tak der ler tinggi tapi kena dengan apa yang nak ler…Hehehhee….Apapun thanks bro…Boleh gak kasut Phua Chua kang…hehehhehe

21 06 2009
fauzi-maya

bro.. cool:)..mmg terbaikkk…

WKS Reply
: Thanks bro…πŸ˜€

2 07 2009
Kedai Keranda 24jam

Satu lagi tip, bro terlupa,
Makan banyak2 sebelum pegi shoot dan jangan pakai baju kemeja

WKS Reply : Oohh yer ker……Kalau makan sikit apa jadi bro…πŸ˜€

13 07 2009
FarEast

pic wedding dah UP! kalau rajin comment la ekπŸ˜‰

WKS Reply : Baru masuk setelah sekian lama tak masuk….Insyallah nanti saya jenguk dan kasi komen…

19 07 2009
schoepentoeter

Great action shoots..πŸ™‚

WKS Reply : Terima kasih bro…

28 07 2009
alidahlan

gambar no 1 tu…. mashaallah…. sgt indah… mabeles…. kalau aku editor majalah motocross kompom aku amik…

WKS Reply :
Terima kasih bro ali…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: