Umrah Dan Ziarah Madinah (Siri 2)

16 11 2008

Assalamualaikum….

Agak lama juga saya menyepikan diri kali nie…Selalunya 1-2 minggu jer paling lama…Tapi kali nie lama sikit berbanding sebelum ini…Maafkan saya kepada yang bertanya kemana saya pergi…Sebenarnya saya tidak kemana2 pun…Ada…Cuma kerja2 yang saya buat sekarang nie tengah banyak dan memerlukan konsentrasi yang lebih sikit…Apapun insyallah saya takkan tinggalkan web saya nie begitu saja….Saya akan cuba mengupdatenya sekerap mungkin semampu yang boleh…Insyallah…

Ok lah seperti yang telah saya janjikan pada post sebelum nie untuk meletakkan gambar2 umrah dan ziarah saya ke tanah arab….Hari ini insyallah saya akan tunaikan….Kali saya letakkan gambar2 saya ketika di Madinah…Sebenarnya gambar yang saya amik di sana ada banyak…tapi hanya beberapa keping saja yang saya letakkan di sini….Yang saya letakkan nie pun saya pilih secara random saja….Harap kawan2 yang singgah berpuas hati menatapnya…..

Lupa pula saya nak menjawab soalan2 yang ditanya oleh kawan2 di dalam post saya sebelum nie…Bagaimana saya mengambil gambar didalam masjidil haram…..Sebenarnya membawa camera compact tidak lah menjadi masalah ketika saya membuat umrah di sana…Ramai jemaah2 yang datang membawa kamera compact digital ataupun handphone camera di dalam….Tetapi jika membawa DSLR mungkin tidak lepas kerana di periksa oleh petugas masjid di setiap pintu….Untuk gambar Kaabah tersebut saya menggunakan kamera DSLR 400D saya……Tetapi saya meminta kebenaran dari pihak masjid untuk di bawa masuk..Dan alhamdulillah permohonan saya di luluskan untuk seketika saja….Itu lah cerita nya sedikit sebanyak bagi menjawab pertanyaan kawan2 ….

Takder apa nak di ceritakan lagi…..Kali nie kita tengok gambar2 di Madinah plak…..

Gambar Masjid Nabawi iaitu masjid di mana nabi membinanya di kawasan rumahnya..Di sini juga terletaknya makam Nabi Muhammad SAW dan juga para sahabat seperti Abu Bakar As-Sidiq, Uthman Al Afan dan yang lain2….

Masjid Quba’ iaitu masjid pertama sekali yang di bina oleh Rasulullah SAW…

Keadaan didalam Masjid Quba. Kelihatan jemaah sedang menunaikan solat sunat didalamnya.

Jabar Uhud tempat di mana berlakunya peperangan di antara Kaum Kafir Quraisy dan juga orang islam. Peperangan ini di kenali peperangan uhud dimana umat islam tewas.

Bukit dimana pemanah2 umat islam ketika perang uhud berkumpul dan berjaga menanti kehadiran kaum Quraisy.

Gambar di hadapan Gua Uhud. Di mana Rasulullah telah bersembunyi dalam peperangan Uhud bersama sahabat baginda Saidina Abu Bakar.

Keadaan didalam Gua Uhud. Gambar menunjukkan tempat duduknya baginda Rasulullah ketika bersembunyi. Batu di mana baginda duduk berbau wangi berbanding batu2 yang ada di sekeliling.

Bulatan berwarna merah tersebut di katakan para ulama adalah tapak kaki Rasulullah di bukit sajadah.

Jika ke tanah suci jemaah pasti tidak akan terlepas untuk berkunjung ke Pasar Kurma yang menjual pelbagai jenis buah kurma untuk di bawa balik kepada para keluarga dan sahabat.

Sekian dahulu dari saya untuk kali nie siri saya membuat umrah dan insyallah kita jumpa lagi di lain post. Insyallah..

WKS – 2008


Actions

Information

13 responses

16 11 2008
syahid (oblind36)

wah lama x dgr cite bro? thanks 4 comment. xde la biasa2 je. try2 mengedit

nie la gambar2 haji nie. x sabar btul bila la dpt pegi ke sana

WKS Reply : Bukan haji bro…Gambar umrah ….Haji insyallah akan pergi gak nanti….

16 11 2008
fauzi & maya

thnx for the comment.. masih byk nk kene bljr.. bile lagik nk kuar TT?

WKS Reply : Insyallah boleh…Nanti saya beritahu kalau ada TT lagi…

16 11 2008
en_me

salammmz abang ittewww..
n thanx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww..
btw, nice pictures you hv here .. keep it up bro

WKS Reply :
Thanks …

16 11 2008
syuk

one akan kesini jua😉 InsyaAllah

WKS Reply : Insyallah

17 11 2008
cak

thx for sharing.
love the color. bnw best.
>>tak bwk camera masa tu. kalau bwk pon dibenarkan ke mengambek gambar masa pementasan berlangsung??

WKS Reply : Sama2…Terima kasih…Pasal kebenaran tuh saya tak tahu ler plak boleh tak boleh….Lagipun saya tak pernah pergi tengok …Hehhehe

17 11 2008
Romlah vouge aka Abeja

Rom rindu sama abangg…SMS la selalu yer….Auwww..

WKS Reply : Hang dah buat tebiat ker…? Dah jadi bapok plak…HEhehhe

17 11 2008
joyah jambul aka mazrul

ala bang, malam nih turn joyah, bukan turn kak rom..balik ye bang!
…wakakaka…bro, lu nye gambo superb…kami warga tikoosan, rindu kan dame! Bila nak TT wei!

WKS Reply: Nie sorang lagi..ehhehhehe…Jom ler TT …

18 11 2008
Ika

Takde la amik wedding byk sgt pun. Juz sedara-mara terdekat je.. Bak kata org, trial & error dulu.. Buat asah skill seblum terjun bebetul…

Lama gak la tak jumpa ko.. Skrg ni tgh sibuk sket, nak finalize projek research yg abis bulan 12 ni.. Weh.. bila nak buat TT… Bleh gak aku menuntut ilmu dgn Abeja, Bro Mazrul dgn ko skali..

WKS Reply : Buat TT…Rasanya ada kot diorang buat…..Nanti isnyallah kita jumpa masa TT…Jangan tak join lak…

19 11 2008
aiman faizul kareem

iklan

kerepek pedas pt. raja..rm11/kg..sila la cuba..

WKS Reply :
Saya nak 18kg….NAk bayar camner?

19 11 2008
jekjenggo

Tahniah dan terima kasih bang kerana sudi share share gambar gambar ni. Cantik sungguh. Kalau berkesempatan, doa doa kan lah saya untuk pergi saya pula ya. Dan jangan doa dapat pergi je, doakan dapat yagn mabrur … Tabungan masih jauh lagi bang.. sob..sob..

WKS Reply : Insyallah dah sampai waktunya bro akan pergi juga……Saya doakan untuk bro….

21 11 2008
geng tikos jawa

huhu.. 10-20 eh bro? besh2 gambar sini, rasa x sabar plak tunggu tahun depann… huhuhu..

lama x ngeteh dgn hang.. ade je halangan yekk….

*lepas ni kite duk adakan kelas main flash plakk….

WKS REPLY : Boleh …bila tuh nak adakan kelas…kawan tak sabar nak belajar nie ….

23 12 2008
amrul

nice captured bro gambar kat tanah suci tu…pakai ultra wide berapa mm?

WKS Reply : Pakai 10-22mm wide lens bro…

29 10 2009
zxr_sekamat

Salam,

Bro, boleh bawa kamera DSLR dalam kapalterbang kan..? masa check-in airport tak de problem ker..?

cuma dlm masjidilharam/masjid nabawi tak de niat nak bawa…perlu masa ziarah jer

ingat nak bawa masa haji ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: