Perkahwinan Min & Nazri.

9 09 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelawat2 webblog saya yang tak seberapa nie…Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua rakan2 yang sudi singgah melawat disini…

Sebenarnya sudah lama web nie tidak di update sehingga gambar client saya juga agak lewat di update di sini walaupun majlis nyer telah pun berlangsung 1 bulan yang lalu…Walau bagaimanapun saya telah pun memaklumkan terlebih dahulu kepada beliau bahawa gambar2 beliau saya terpaksa lambatkan di sebab kan saya pergi mengerjakan umrah …Dan Alhamdulillah juga terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana memahami dan sporting dalam perkara nie…Alhamdullillah dan terima kasih sekali lagi dari saya kepada mereka berdua…

Majlis mereka berdua sebenarnya telah pun berlangsung pada 08/08/08 – Pernikahan dan 09/08/08 – Resepsi…Saya telah di pilih oleh mereka sebagai jurugambar mereka pada majlis tersebut….Alhadulillah dengan kesabaran dan sifat sporting mereka, amanah dan tanggungjawab yang telah di berikan oleh mereka dapat saya laksanakan sebaik mungkin yang termampu dan terdaya oleh saya…..

Saya pun tak berapa pandai nak tulis pepanjang, jadi di bawah nie ada beberapa keping gambar untuk tatapan beliau dan kawan2 yang melawat….Di harap segala kekurangan dan apa yang tidak dapat di penuhi oleh saya harap di maafkan …..Terima kasih sekali lagi dari saya kepada mereka berdua diatas kepercayaan yang di berikan dan disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ” Selamat Pengantin Baru dan juga Salam Ramadhan……

Jumpa lagi kita di lain masa…Insyallah

Wassalam

WKS


Actions

Information

9 responses

9 09 2008
ai

as’km fren, apa habaq?hrp sihat2 jer. bila baliksini?heheheee

WKS Reply : Alhamdulillah balik malaysia nie pada 28/8/09 hari tuh….

9 09 2008
ZaminOmar

ni yg sy jeles ni….bila tok guru shoot wedding….mmg leh menangis tgk…lawossss gilosss…naik gilosss tgk…eheheheheheh
re:sy main blur potrait jerk lam CS….eheheh…lebam2 tue pasal edit x abes kot….ada rambut kat kawasan lebam 2 actually

WKS Reply
: Tok guru belum layak lagi bro……Biasa2 jer macam org lain gak………Apapun terima kasih bebanyak….

10 09 2008
Alchemist

Assalamualaikum sahabat,

Lama tak dengar cerita, mengerjakan Umrah rupanya Syukur Alhamdulillah, anak saya HaiQal dah pun masuk setahun 22 Ogos lepas, still belum boleh berjalan lagi, berdiri sendiri dah boleh dah cuma tak berani nak melangkah lagi.

Rajin you shoot wedding, memang you ada bakat semulajadi, eloklah digunakan sebaiknya, saya tak shoot wedding, bukan tak minat tapi takde masa, sibuk shoot gambar anak jer.

Katv Photosckool tu kekadang rasa malas nak active pun ada, bukannya pa, “macm-macam” dah ada kat sana, ramai sangat orang yang terpelajar kat sana, baru pegang kamera DSLR setahun dua dah nak berlagak pandai, susah nak cakap, takpela, kita low profile, saya yang dah lama pegang kamera nie pun tak pandai0-pandai lagi, masih terlalu banyak ruang kosong untuk diisi.

Bulan Ramadhan nie, malas nak cerita panjang-panjang, anyway Selamat Berpuasa untuk saudara sekeluarga..

WKS Reply : A’aahh mengerjakan UMRAH bro….Tu yang sonyap kejap tuh..Tapi alhamdulillah dah selamat pun kembali ke Malaysia….Alhamdulillah juga sebab anak bro dah pun setahun rupnya….Anak bro sama macam anak saya si Ainin…Tak leh nak berjalan lagi…Takper lah…Slow…Kang tak terkejar plak bila dah pandai berjalan….

Shoot wedding nie plak bukannya saya selalu buat…Lagipun tak der lah full time macam org lain….Ada org nak saya buat…Tak der saya tak kisah…..LAgipun just nak isikan masa dengan amik gambar dan belajar…..

Kat Photoskool tuh biasa lah bila dah ramai macam2 ler ragam ada…..Bro baru jer join…Saya dah hampir 2 thaun lebih kat situ……Macam2 saya dah tengok….Kalau rajin kita layan…Kalau tak rajin kita buat sonyap jer dan baca2 jer…Nak2 sekarang saya pun dah jarang masuk situ ….Sibuk dengan tugasan kerja seharian saya…….

Apapun terima kasih bro sudi singgah lagi kat web saya yang tak sebrapa nie….

11 09 2008
Apit Pesona Senifoto

Salam …

hello fren … long time no see….

salam ramadhan n selamat berpuasa …..

WKS Reply : A’aaah lama tak bersua dan bertegur..saya sebenarnya baru balik menunaikan umrah…..Apapun saya juga nak ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya….

14 09 2008
cak

salam bro. cantik sekali gmbrnya. editing pon cantik. lokasi best. selamat berpuasa.

WKS Reply
: Terima kasih bro….LOkasi nya tempat biasa jer….Tempat orng selalu amik gambar wedding di JB nie…Instana Garden…..Selamat berpuasa gak dari saya…..

15 09 2008
FarEast

fuyooo! cantik pic pasangan tu berlatar belakang kan umah usang tu

WKS Reply : Terima kasih bro……

19 09 2008
mshafie

Tahniah sebab berpeluang mengerjakan umrah..patut dah lama tak dengar khabar berita..

Nak tanya, kat mana lokai shoot tuh? menarik ah tempatnya..

WKS Reply : Terima kasih……A’aahh itu senyap jap…..Lokasi shoot nie kat Taman Istana JB….

10 10 2008
:: Tunang « Mazrul Photoblog’s

[…] Capturepixs, Bro Rahmat, Bro Yon, WKS-Photo, Rinz TRZphoto, dan ramai lagi. Tapi kalau nak Video… YB […]

WKS Reply : Thanks bro…

2 11 2008
Wahdi

obviously the pictures are fabulous, the 3rd pic is the best!

WKS Reply : Thanks bro…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: