Wajah2 Ainin Sofia

28 06 2008

Assalamualaikum….

Dah lama tak tunjuk wajah Ainin Sofia dalam web nie..So far Ainin dah pun berusia 11 bulan…..Bulan 7, 24 nie genaplah usianya setahun …Sekejap jer masa berlalu …Dah setahun umur Ainin….Walaupun umurnya sudah hendak menjejak 1 tahun tetap beliau masih belum lagi boleh berjalan…Kalau berdiri sudah pandai tetapi nak kena bergantunglah…Insyallah mungkin tak lama lagi pandai ler tuh…Abislah kalau dah mula berjalan…Kesana kesini ler kena mengejar dia..Hehehehe….Gigi pun dah tumbuh 4 batang…Dulu kena gigit tak sakit sebab kena gusi jer…Sekarang kalau dia gigit kena cecepat ler larikan tangan …..Hehehehe…

Apapun saya tak nak cerita panjang2 …So jom lihat gambar di bawah….Semoga mendapat komen dan kritikan membina dari anda semua….Terima kasih dari saya terlebih dahulu untuk anda….

Wassalam

WKS 2008

Di selitkan gambar adik Anin Sofia iaitu Ariffa Dalilla (Sepupu beliau) ketika Ainin datang melawat kerumahnya di Rompin Pahang.


Actions

Information

11 responses

29 06 2008
alchemist

Alhamdulillah, dah 11 bulan usia anak you yer, anak saya baru sepuluh bulan, amik gambar hari2 tu tidaklah, but I can say “Almost” everyday la. Semenjak ada anak nie, saya malas nak pi Out Station, tempat keje saya memang kerap Out Station, so bagi la orang lain yang mana nak pi tu.

Pasal tu la, saya takde stok gambar lain, gambar yang berkaitan ngan pekerjaan tu banyak la, tapi bosan pulak kalu orang tengok kan, ada jugak yang kritik kat saya di PS tu, asyik gambar anak jer, takde gambar lain ker.

Saya hantar kat bahagian Critic Editing, so critic la pasal editingnya kan, lagipun saya bukannya hantar gambar “Snap Shot”. Kekadang tu boring gak kat PhotoSchool tu, terutamanya dengan “Newbie” nie, apa nak buat, layan jer lah.

Anyway, terima kasih la, lawat fotopages saya, memang dah tak banyak gambar lain dah, HaiQal jer yang penuh buat masa nie..

Sorry la bro kalau jadi tempat luah perasaan lak…

WKS Reply : A’aahh dah 11 bulan sekarang….Tak berapa hari lagi dah pun setahun usia anak saya…Tak beza banyak anak kita …1 bulan jer…..Bukan PS jer rasanya…Bolehkan semua forum macamtuh…Apapun layan jer lah……..Tak kisah kalau bro nak meluahkan …..Saya sudi membacanya…Hehehhehee

29 06 2008
ZaminOmar

huhu…wazri meluah perasaan…
WKS-pesal erk…all yr pic pasti lawa…..hehehe…biar sy jwb….sbb orgnya pandai..heheh

WKS Reply : Tak der ler pandai lagi bro…Masih lagi tercari2 dan belajar…….Bro pun hebat apa…Saya pun banyak nak belajar ngan bro….

30 06 2008
mshafie

amik gambo anak pun memang ada feel yang tersendiri..zuriat sendiri kan…
anak saya pun masih be,um boleh berjalan..cuma dia dah mula nak belajar lepas tangan..
gigi pun belum tumbuh lagi…

WKS Reply : Tak lama lagi berjalan ler tuh…Hehehhehee…Kalau dah pandai lepas tangan ok ler dah tuh…Tunggu jer …Insyallah berjalan ler dia tak lama lagi..Memang amik gambar anak nie feel dia lain dari amik gambar org……:D

1 07 2008
al-momok

i like the color can u teach me…😉

WKS Reply : Terima kasih…Insyallah boleh…

1 07 2008
comel

biasaler anak mama mmgpandai posing… pantang tenok kameraaa… hahaha…nak glamerrrrr

WKS Reply : Anak ayah…Keh keh keh…

1 07 2008
comel

awak.. al-momok tu member saya.. dia potpgrapher fakulti… nama dia nizam.. teringin nak kenalan ngan awak…… ajak2 ler dia join team awak sabtu atau ahad in case ada shoot kat luarrr……. k bye darling .. mizzz uuu

WKS Reply: Insyallah kalau ada apa2 xtvt nanti ajak dia……

3 07 2008
hadiena

memang cepat masa berlalu..🙂

WKS Reply : Yep…memang cepat masa berlalu…Tahu2 dah setahun…

8 07 2008
tenno rz

alhamdulillah..dah beso dah anak yek wks.. lama btul tak jumpe ko ek.. bz btul ko skang nie… bile nk ngeteh weh?

WKS Reply: AKu pun dah lama tak jumpa ko….Bila ekk nak ngeteh…Memang tengah bz plak sekarang nie…

8 07 2008
Si Tikus Kampung

salam tuan guru,

bilakah dewan akan bersidang semula…?

WKS Reply : Yaa sifoo..alhamdulillah …lepas pun kita bersidang hari tuh….

7 08 2008
atan

As’kum,

Saya ni beginner dalam photography ni. Adakah gambar yg display tu telah diedit dari segi color, brightness, etc?? Saya cuba compare dengan gambar yg saya tangkap tetapi tak dapat kualiti yg dipaparkan dalam web nie.

Ade tips untuk edit gambar seperti dalam web nie?

Salam..

WKS Reply
: Terima kasih kerana sudi melawat web saya…..Tak kisah ler u beginner atau pro …Yang penting kita mempunyai minat yang sama…..Mengenai tips saya tidak ada tips sangat…Apa yang saya leh katakan di sini ialah kita perlu mengetahui asas2 amik gambar sebagai primary kita dan editing is secondary…….
Dalam gambar2 saya, saya ada melakukan minor2 editing seperti bermain dengan Saturation, Contract & Brigtness, Curves or Color Balance…Try ler menggunakan nya …Insyallah akan terdapat perbezaan walaupun tak ketara….

21 11 2008
yoji

gambar terbaru ainin yang leh jalan xde lgi ker… hehehehe

WKS Reply : Dah ada dah…dah update pun…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: