Sebuah Rumah.

16 12 2007

Assalamualaikum,

Pada hari minggu yang lepas saya dan wife berjalan-jalan dengan membawa anak saya Ainin Sofia. So masa jalan2 tu masuk ler taman2 yang baru yang akan di bina. Mula2 masuk Setia Tropika. Tengok rumah2 kat situ. Pastu saja2 tanya penjual rumah kat situ. Bila ditanya majoriti pembeli rumah2 di situ adalah Cina Malaysia and Singaporean. Mungkin sebab rumahnya lawa dan berkonsepkan moden menyebabkan ramai singaporean tertarik dan berminat membelinya. So keluar dari Setia Tropika nampak plak Bandar Dato Onn. Singgah plak kat situ. Bila tengok rumah contoh di pamerkan memang cantik dan binaan dalaman juga memang besar. Niat kat hati bukanlah nak beli pun. Tapi macam berkenan la plak. Tanya ler penjual tersebut. Majoriti org melayu kita yang membeli kawasan nie. Pastu bila tanya berapa lot lagi yang tinggal.Dan penjual tu beritahu untuk phase nie, rumah yang saya berkenan tuh hanya tinggal satu lot sahaja lagi. Kebanyakkan yang lain dah di booking. Yang satu lot tu pun sebab org yang booking tu terpaksa tolak di sebabkan loan dia tak lepas kerana senarai hitam. So tanya lah wife. Apa pendapat beliau. Dia tak kisah asalkan saya suka. So terus jer buat booking. Tak fikir panjang lagi. Lagipun saya pun masih belum ada rumah setelah menjualnya 2 tahun lalu. Rumah kondo di KL. So rasanya tak rugi kot saya membeli rumah. Lagipun bila fikir2 balik rumah nie adalah aset tetap dan harga akan naik. Tak macam kereta.So tak rugi kalau membelinya.Nie sedikit gambar saya amik rumah yang saya bakal ada dalam tempoh 1 tahun lebih lagi. Just rumah contoh. Apa pula pendapat kawan2 tentang apa yang saya lakukan nie. Adakah berbaloi or ada pendapat lain yang lebih bagus.

Info Mengenai Rumah :

Keluasan Tanah : 24″ x 70″

Keluasan Binaan : 2,439 kaki persegi. 4 Bilik Tidur & 4 Bilik Air

Jenis Rumah : Cleome 3, Terrace

Lokasi : Bandar Dato’ Onn, Johor Bharu, Johor

Harga : RM 295,000 onward. 15% for Bumi lot.

Rumah 2

Rumah 3


Actions

Information

25 responses

16 12 2007
AyAres151

not bad la rumah ni…Semi D ker or terrace? ko punya lot tepi or tengah?
rege berapa bro?

16 12 2007
meyr

First, best shot ni especially langit biru tu ngan awan skali n secondly … umah tu .. semi d? Klu dapat maintain cam showhouse ni fuuuh best.

16 12 2007
wksphoto

Semi D kalau tempat nie dah setengah Juta bro….Tak mampu lagi nak beli…Nie pun lot tengah jer tinggal..Lot corner dah abis masa tanya…Kalau ada pun tak mampu nak beli kot…..Mahal…..Harga yang saya beli nie 1/3 Juta…….

16 12 2007
Cinta Dhinas Azraaei

Alamak..my comment hilang ah sebab i didnt include my email address..
Anyway bro,if you ask me..my answer would be IT’S WORTH BUYING..Ini dekat Cheras area kan?If YES then biar I convince you..bila I tengok ambienc dia..I rasa cam damai,relax,cosy..so memang baguih la dijadikan tempat untuk bro sekeluarga berteduh..Petang2 leh minum kopi o panas dengan pisang goreng di celah2 landskap dan pokok2 yang menghijau..so bro..jangan risau..you’ve made a wise decision..
p/s fp bro terus tutup ka?

16 12 2007
wksphoto

Thanks Cinta Dhinas Azraei…Actually rumah nie bukan kat area KL….Johor Bharu….Sebab saya tinggal di Johor Bharu…So itu yang beli di Johor Bharu gak…..
FP saya akan gunakan jugak…Tapi maybe jarang ler kot berbanding dulu bila dah ada web blog baru nie …

16 12 2007
syahid (oblind36)

nak cari kambing? haha ada kot. kena tanya tokwan. tp tu la, larat ke bro nak bawak kambing tu dari perlis sampai ke johor? hehe. cross semenanjung tu. btw, cantik rumah nie bro. bagi saya mmg x rugi je beli (bagi pendapat saya yg x tau selok belok beli rumah nie, sekadar melihat rupa paras rumah je). lg pun mcm bro ckp harga rumah akan naik. x turun. better beli skrg. hehe.

17 12 2007
Abeja

Tahniah ler bro kerana dah beli rumah…hari tu ada pegi tengok2 jugak..tapi tak mampu nak beli lagi….

WKS Reply : Yer lah tu tak mampu…..Rumah dah 4 biji tak mampu apa ke jadahnya……..Beli yang semi D tu kalau nak …..

17 12 2007
tenno rz

huhu… lawa rumah nih.. lagi 1 tahun la ko tunggu yekk.. lepas tu.. ley aa wat bbq masa opening ceremony umah ko.. hehe…

WKS Reply : Insyallah kalau ada rezeki lebih boleh ler ajak kawan2 buat kenduri doa selamat ……Jangan lupa bawak lembu n kambing nanti datang buat BBQ…Keh keh keh …..

17 12 2007
zam

huwa………lawa ni umah nie….nak je beli 2345 bijik!!!

WKS Reply : Beli2….Jangan tak beli…Hehehheheheh

17 12 2007
muneera

waaa…lame dh tk masuk sni..byk perubahan..best2!
tp rumah ni lawa aaa..berbaloi aa kot beli..bagus2..nti open house jgn lupe ajak mun ok!

WKS Reply : Terima kasih mun….Insyallah nanti buat open house jangan tak datang plak…Tapi lambat lagi laa kot..Maybe 1-2 years lagi…..Tapi jangan lupa bawak kambing 2 ekor …Kita buat bbq….keh keh keh …

18 12 2007
Ika

wow… good investment ni.. better beli umah sbb setiap tahun harga tanah akan meningkat.. opening umah baru jgn lufer jemput…

anyway.. tahniah…. ni dinamakan rezeki anak…🙂

WKS Reply : Insyallah kalau rumah dah siap nanti kawan jemput awak ……tapi rumah pun lambat lagi siap…Maybe tengah tahun 2009 kot siap….

24 12 2007
Mazrul

Wks…rumah kat situ memang menarik. Tak mampu nak layan, hang boleh lah!
Kalau nak semi D, kat pasir gudang, dlm 250K aje. Tunggu mung buak openg house aje le! Salam…

WKS Reply : Boleh sebab beli hutang ngan bank….Kalau cash tak mampu..Keh keh keh….Tahu semi d kat pasir gudang murah…Tapi bila fikir lokasi dan kedudukkan tempat, amik kat Bandar Dato’ Onn….

30 12 2007
zack

saye pun mampu gak…tapi mampu tengok jerk…beli x mampu…huhu

x pe …pelan2 kayuh cr rezki…tunggula 10 tahun lagi ble dok satu tmn…

WKS Reply : INsyallah ada rezeki nanti pasti boleh…..

3 01 2008
anden

wow…..i think this would be a pretty gud place to stay….tgk show unit die mmg ngancam…..nnt ko wat lah lawo2….ble aku tumpang bl p sana nnt…hehe…tgk harga pon, very the murah la kalo nak banding ngn KL….

WKS Reply : TErima kasih ….Insyallah ada duitnya apa saja boleh buat….Boleh tak de halnya nak tumpang bermalam kalau rumah dah siap nanti…Hehehhee…Yup harga memang masih murah jika dibandingkan dengan KL….

7 01 2008
nina

assalamualaikum…
tahniah wks beli umah ni… mmg the best terrace house antara umah2 contoh kat bdo tu… emerald tu tak kira lah…
saya pun dah booking kat bdo tapi umah yg paling murah…celocia 1 tapi alhamdulillah dpt lot yg facing green area… masa tu ada tgk gak umah2 area setia indah, jp perdana, seri austin tapi ntah naper tiba2 terpikir bdo…
just nak tanya bro wks, so far dah bli bdo apa feedback yg u dpt ek?? coz aritu i heard from some parties that bdo is not a good place due to the following reasons:
1) maintenance by developer tak bagus (i dunno about Johor Land’s reputation, of coz not as great as sp setia. It is a listed company, bumiputra.) quality umah tak bagus, ada crack, macam umah kat Bandar Baru UDA (those are heard from others la…)
2) tak ramai yg beli umah kat situ, especially chinese tak ramai (actually i’m not quite sure the corelation between tak ramai chinese beli and whether that place is a good place to stay, anybody pls enlighten me?)

for me, i decide to stay at BDO becoz:
1) developer JLB, apart from bumiputra, i havent heard anything bad about them. listed company, so reputation wise should be OK and not worry about abandoned project.
2) i got int lot facing green area for RM186k, smaller built up but it’s ok (better than facing other ppl’s house)
3) BDO is a mega project, aimed to become a self-sustaining township. located in the middle of WPI. so potential of value appreciating is high.

anybody got feedback about BDO? sorry lah comment terpanjang plak…

WKS Reply : Waalaikumussalam….
Terima kasih …..Saya juga mengucapkan taniah sebab anda juga telah membeli sebuah rumah di situ…..Lepas nie maybe kita berjiran ler kot….Hehehhee….
Pasal apa yang anda tuliskan tuh …Hopefully perkara yang di nyatakan tu tidak berlaku lah…….Lagi satu saya memilih rumah nie sebab ianya milik bumiputera, kedudukkan nya yang strategik bagi saya sekeluarga dengan tempat kerja dan design yang boleh dikatakan menarik juga ……
Memang Cina tak ramai lagi beli kawasan nie…Maybe sebab nama nya……Bandar Dato Onn……Saya pun memula nak beli rumah kat Setia Tropika …Tetapi bila tengok majoriti pembeli di situ adalah cina maka saya batalkan hasrat saya walaupun saya tahu yang SP Setia adalah sebuah developer yang berjaya dan bagus serta memenangi banyak awards..
Apapun saya harap rumah yang di beli ini siap on time dan kurang masalah …….Itu jer…

24 01 2008
rahmat

Santeeekkkkkkknyeeeee bro……nanti klu dh dpat…next yr..
time house warming jgn lupa invite sy & family ye….syabass bro! agreed with ur oppinion!

WKS Reply : Insyallah takkan lupa kalau dah duduk dan buat doa selamat….

25 01 2008
k.i.

Salam takziah juga buat saudara.
Terima kasih kerana meninggalkan jejak dan salam serta doa dan alfatihah di FP saya.
Cantik rumahnya. Johor Baharu banyak memberi kenangan buat saya. Arwah ayah dahulu berkhidmat di YWJ dan Institut Kepimpinan Latihan Semangat Dato Onn di Jalan Maryamah. Selalu ulang alik Seremban-JB untuk menjenguk ayah.

WKS Reply : Terima kasih dan sama2 juga buat saudara……

14 06 2009
R. Wahab

Tahniah WKS. Saya sendiri tgh berfikir-fikir untuk beli rumah di DBO. Apa yg menarik, majority orang melayu & surau & community center (dewan dgn 2 badminton court) pun sedang dlm pembinaan. Masjid akan naik tak lama lagi. Kata Jland staff, semua rumah2 kat BDO akan naik RM30K lepas dapat CF nanti. Quality rumah2 oleh JLand sama teruk kalau compare dengan developer yg lain termasuklah Setia Tropika sbb saya ada rumah di Tmn Bukit Dahlia (JLand) & Setia Tropika . mmg ada problem lah sana-sini. Semua tu bergantung pada contractor yg dilantik oleh developer. Setiap phase biasanya contractor lain2 utk setiap project perumahan. Cuma Setia group ni really ‘customer oriented’. Semua complaints depa amik tindakan. Masa amik kunci pun air & api dah siap masuk. Tak payah pi SAJ & TNB apply lagi & dah boleh terus basuh rumah. Tapi Setia Tropika mmg majority org cina & singaporean sebab modern design & good security (gated area with 1 access point only). Guard pun 10 min sekali ronda depan rumah.

WKS Reply
: Terima kasih atas pandangan dan cerita saudara….Saya pun belum tahu lagi camner quality dia sebab rumah belum dapat lagi…Sekarang dalam progress lagi…alhamdulillah tengok dah hampir siap…Insyallah dengar kata hujung tahun nie or awal tahun depan dapatlah kunci…..dan dari situ baru lah boleh saya nilaikan……apapun terima kasih atas cerita saudara…sekurangnya saya nampak sikit apa nak buat lepas dapat kunci nanti….

14 06 2009
R. Wahab

Oh btw, for those who thinks SP Setia house quality is so great, kat Setia Tropika Areca Square ade rumah yg crack in between two terace houses till unsafe to live in. Setia kena put the two families in the hotel until repair is made.

WKS Reply : Ohh yer ker….Kena tengok jugak rumah saya beli tuh nanti…..Bandar Dato Onn…Hopefully tak der apa2 dan ok semuanya….

16 06 2009
shajaro0109

Salaam, bro..tahniah dah bli rumah di BDO..saya dan suami pun beli rumah di BDO gak..harga pun boleh tahan..so far yang saya tgk n staff Jland bgtau kawasan tu komuniti dia ok sbb majo melayu penghuninya n akan naik masjid besar kat BDO..tu yg saya n suami sgt sejuk hati mendengarnya lalu tak fikir panjang terus book n buy..tapi bila la agaknya nak dapat kunci umah yer bro…tiap2 minggu gi jenguk so far progress mmg improve every week..ader jer perubahan..huhuhu hidup BDO…:D

WKS Reply : Saya pun tak tahu ler bila siap…Hopefully by end of this year or early next years dapat kunci ok lah…..

30 06 2009
Ahmad Hashim

Asssalamualaikum,

Tahniah WKS. Saya dari seberang dan terpikat dengan BDO, bukan semua S’porean amek Setia tropika, Kita pun percaya dengan pemaju melayu dan bukan cina aje. We think BDO lokasi yang baik dan harge mengikut pada penilaian bank. inshaalah dapatlah kita berjiran.
(Siap by AUG-Sept 2009)

Wasalam.
Ahmad Hashim
30/6/09

WKS Reply : Taniah…..Insyallah nanti boleh lah kita berjiran…

5 08 2009
awang

ada kosong lagi ke kat BDO.

minat nak beli ni huhu

WKS Reply : Saudara awang…Pasal rumah kosong ada tak…saya tak pasti …Kena tanya penjual di Bandar Dato’ Onn…Saya hanya pembeli di situ…:D

6 08 2009
awang

bro, CLEOME 1 punya rumah ok tak. kalo compare dengan CLEOME 3 beza sgt ke dari segi design dalam dan luar.

sory tanya banyak2..hehe

tak berkesempatan nak pegi bandar dato onn lagi.

WKS Reply : Setiap rumah yang di bina mempunyai perbezaan dari segi designnya…Pemilihan juga adalah mengikut citarasa pembeli ..Kalau berkesempatan boleh ler kesana dan menjeguk…..

12 08 2009
R. Wahab

Tadi sales Jland office called saya … just to encourage me to buy one of the BDO house lah … dia bagitau Tan Sri Muhd Ali Hashim (JCorp CEO) dah beli one of the emerald2 unit. So, kiranya mereka yg beli rumah kat BDO tu untunglah sebab BIG BOSS akan duduk situ … insyallah complaint pasal quality & defect semua akan di ambil berat oleh staff2 Jland ..

WKS reply
: Ooo yer ker …Kalu camtuh boleh ler direct ke rumah CEO buat complaint…Hehhehee

21 08 2009
zubai

salam saudara WKS…
nampaknye saya kenal sorg lagi jiran kat BDO… saya beli rumah Celocia 1 jer..
Anyway, tadi baru terima surat yg mengatakan kunci dah bole diambil..
Jangan lupe jemput house warming nanti…hehe

WKS Reply : Alhamdulillah….Saya masih tak amik2 lagi kunci walaupun dah disuruh amik….Tak kesempatan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: