Umrah Dan Ziarah Mekah

21 09 2008

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulilllah akhirnya tercapai juga cita2 dan impian saya untuk menjejakkan kaki di tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah disamping melawat dan menziarah negara yang di cintai oleh Allah SWT dan juga junjungan kita Rasulullah SAW. Saya telah pun pergi kesana pada 15 August 2008 dan kembali semula pada 23 August 2008 iaitu selama 13 hari 11 malam….Saya telah kesana melalui package daripada syarikat Andalusia Travel yang terletak di Kuala Lumpur…..

Semasa di sana sempatlah saya shot beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan saya dan juga mungkin juga dapat di kongsi bersama2 saudara dan saudari yang sudi datang dan menziarah di web saya nie..

Ok ler saya tak pandai nak cerita macam member di blog lain …tapi saya harap dengan paparan nie anda semua memahaminya…Insyallah….

Wassalam…

WKS 2008.

Gambar Kaabah ditengah-tengah Masjidil Haram. Kaabah ialah tempat dimana umat islam seluruh mengadap untuk menunaikan perintah Allah SWT. Kelihatan jemaah sedang melakukan tawaf samaada tawaf umrah ataupun tawaf sunat dengan mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali pusingan.Gambar ini di ambil ketika tengahari dalam jam 12 tengahari iaitu sementara menunggu masuknya waktu solat zuhur.

Gambar di hadapan Masjidil Haram diantara Babul (Pintu) King Abdul Aziz dan Babul (Pintu) King Fahd. Kelihatan orang ramai sedang sibuk keluar dan masuk ke dalam masjid ini untuk melakukan ibadah.

Salah seorang dari rakan saya sedang memandang kearah kawasan pembinaan yang sedang giat di jalankan ketika ini untuk membangunkan kawasan Masjidil Haram. Ianya adalah untuk kegunaan jemaah yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Pembinaan sedang di lakukan oleh Kontraktor yang telah di lantik.Hotel2 yang lama juga sudah di robohkan dan kerja2 meratakan bukit2 di sekitar sedang sibuk di lakukan ketika ini.

Kelihatan jemaah keluar dan balik ke hotel dan tempat penginapan masing2 setelah selelai melakukan solat berjemaah di Masjidil Haram.

Penjual mengambil peluang menjual barang2 di kaki lima jalan ketika jemaah sedang keluar dan balik daripada menunaikan solat berjemaah.

Kelihatan wanita arab bertudung (jilbab) berjalan di kaki lima kedai dan jalan.

Jabar (Bukit) Rahmah yang terletak di padang arafah. Salah satu tempat mustajab untuk di kabulkan doa. Kepada yang belum bertemu jodoh, Insyallah boleh berdoa dan berusaha dengan berdoa kepada Allah di sini. Insyallah.

Jabar (Bukit) Thur. Terletak di tengah2 di dalam gambar. Tempat di mana Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar As Sidiq bersembunyi melarikan diri dari kaum Kafir Quraisy yang cuba membunuhnya ketika itu.

Masjid (Maaf saya terlupa namanya) tempat di mana jemaah berhenti untuk bermiqat sebelum mengerjakan Ibadah Umrah.

P/S: Selepas nie insyallah jika berkesempatan saya akan menunjukkan pula gambar2 di Madinah di post seterusnya. Insyallah. Di kesempatan nie juga saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin” kepada semua rakan yang di kenali atau tidak secara realiti dan juga kepada pelawat2 yang sudi melawat ke Website nie.Segala kekurangan datangnya dari saya dan yang terbaik adalah dari ALLAH SWT.