Lama……

9 02 2009

Assalamualaikum, Agak lama saya menyepi dan tak update blog nie dah …..Line internet yang tak berapa nak ok membuatkan saya kekadang malas nak masuk internet….Kali terakhir saya letakkan gambar pun bulan 11, 2008 hari tuh…Hampir 3 bulan dah berlalu….Penjam celik, pejam celik rupanya masa berlalu dengan begitu pantas sekali….Tahun 2009 pun dah masuk bulan kedua sekarang…..Apapun rasanya tak terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada anda semua yang sudi dan masih tak jemu untuk melawat ke sini….. Mengenai gambar yang saya amik, pada bulan 12, 2008 hari tuh saya balik ke kampung melawat ibu di sana…Masa tuh musim tengkujuh dan hujan pun lebat..Kawasan yang rendah kebanyakkan di naikki air ….alhamdulillah rumah ibu saya tidak terlibat dengan banjir dan selamat…..Walaupun begitu air didepan rumah tetap juga bertakung …..Musim2 macamnie, kanak2 la paling seronok kerana dapat bermain dengan air….Risiko memang ada tapi budak2 nie apalah yang dia tahu…yang penting keseronokkan…..Apapun ibu bapa lah yang berperanan dalam menjaga dan menasihatkan anak2…Di bawah adalah gambar yang sempat saya rakamkan kegirangan kanak2 bermain air ketika di musim tengkujuh…..

Di bawah pula saya letakkan gambar terakhir yang saya amik setakat nie…..Gambar di Kuala Lumpur City Centre…Gambar menara berkembar petronas yang terletak di KLCC di waktu malam untuk tatapan saudara/ri….

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang tidak pernah jemu datang masuk ke laman blog saya nie….Di harap dengan kunjungan dari saudara/ri dapat mengekalkan laman blog nie sehingga selamanya….Juga masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2009 dan selamat tahun baru hijrah….Insyallah berjumpa lagi kita di lain post….

Wassalam

WKS 2009





Ainin Sofia Lagi

22 11 2008

Assalamualaikum…

Dah agak lama rasanya saya tak letak gambar anak saya nie kat sini…Kalau dulu boleh di katakan tetiap bulan pasti ada di selitkan gambar dia kat dalam photoblog nie….Tapi kerana kesibukkan kerja saya tak sempat nak letakkan macam selalu…..Kali ini akhirnya saya sempatkan juga diri nie setelah kerja agak kurang sibuk berbanding sebelum nie……Sebenarnya Ainin sekarang dah pun berusia 1 tahun 4 bulan…Sekejap jer masa berlalu….Dah pandai berjalan pun dia…Semakin hari semakin lincah dan nakal…Sejak2 dia mula dapat kaki nie…Makin laju lah pergerakkan dia…..Setiap kali pasti kena tengok kemana dia nak pergi……Almari di rumah jangan di cakap lah…Ada saja yang nak di bukanya…..Nasib baiklah mama dia dah ikatkan ….Bukan takut rosak barang…Tapi takut terkena kaki atau tangannya nanti….Lagi lah susah…..

Itulah serba sedikit pasal Ainin Sofia nie…..Dan di bawah nie ada beberapa keping gambar yang sempat saya letakkan untuk tatapan ……

Wassalam

WKS

Di bawah nie adalah gambar nenek saya itu ibu kepada bapa saya..Gambar nie di amik ketika pulang berhari raya tempoh hari…Saja saya selitkan di sini kerana saya suka gambar nie…Dari raut wajah dalam gambar nie menujukkan bahawa dia telah menempuh pelbagai zaman dan kenangan serta pengalaman yang hanya beliau sahaja yang mungkin tahu….





Umrah Dan Ziarah Madinah (Siri 2)

16 11 2008

Assalamualaikum….

Agak lama juga saya menyepikan diri kali nie…Selalunya 1-2 minggu jer paling lama…Tapi kali nie lama sikit berbanding sebelum ini…Maafkan saya kepada yang bertanya kemana saya pergi…Sebenarnya saya tidak kemana2 pun…Ada…Cuma kerja2 yang saya buat sekarang nie tengah banyak dan memerlukan konsentrasi yang lebih sikit…Apapun insyallah saya takkan tinggalkan web saya nie begitu saja….Saya akan cuba mengupdatenya sekerap mungkin semampu yang boleh…Insyallah…

Ok lah seperti yang telah saya janjikan pada post sebelum nie untuk meletakkan gambar2 umrah dan ziarah saya ke tanah arab….Hari ini insyallah saya akan tunaikan….Kali saya letakkan gambar2 saya ketika di Madinah…Sebenarnya gambar yang saya amik di sana ada banyak…tapi hanya beberapa keping saja yang saya letakkan di sini….Yang saya letakkan nie pun saya pilih secara random saja….Harap kawan2 yang singgah berpuas hati menatapnya…..

Lupa pula saya nak menjawab soalan2 yang ditanya oleh kawan2 di dalam post saya sebelum nie…Bagaimana saya mengambil gambar didalam masjidil haram…..Sebenarnya membawa camera compact tidak lah menjadi masalah ketika saya membuat umrah di sana…Ramai jemaah2 yang datang membawa kamera compact digital ataupun handphone camera di dalam….Tetapi jika membawa DSLR mungkin tidak lepas kerana di periksa oleh petugas masjid di setiap pintu….Untuk gambar Kaabah tersebut saya menggunakan kamera DSLR 400D saya……Tetapi saya meminta kebenaran dari pihak masjid untuk di bawa masuk..Dan alhamdulillah permohonan saya di luluskan untuk seketika saja….Itu lah cerita nya sedikit sebanyak bagi menjawab pertanyaan kawan2 ….

Takder apa nak di ceritakan lagi…..Kali nie kita tengok gambar2 di Madinah plak…..

Gambar Masjid Nabawi iaitu masjid di mana nabi membinanya di kawasan rumahnya..Di sini juga terletaknya makam Nabi Muhammad SAW dan juga para sahabat seperti Abu Bakar As-Sidiq, Uthman Al Afan dan yang lain2….

Masjid Quba’ iaitu masjid pertama sekali yang di bina oleh Rasulullah SAW…

Keadaan didalam Masjid Quba. Kelihatan jemaah sedang menunaikan solat sunat didalamnya.

Jabar Uhud tempat di mana berlakunya peperangan di antara Kaum Kafir Quraisy dan juga orang islam. Peperangan ini di kenali peperangan uhud dimana umat islam tewas.

Bukit dimana pemanah2 umat islam ketika perang uhud berkumpul dan berjaga menanti kehadiran kaum Quraisy.

Gambar di hadapan Gua Uhud. Di mana Rasulullah telah bersembunyi dalam peperangan Uhud bersama sahabat baginda Saidina Abu Bakar.

Keadaan didalam Gua Uhud. Gambar menunjukkan tempat duduknya baginda Rasulullah ketika bersembunyi. Batu di mana baginda duduk berbau wangi berbanding batu2 yang ada di sekeliling.

Bulatan berwarna merah tersebut di katakan para ulama adalah tapak kaki Rasulullah di bukit sajadah.

Jika ke tanah suci jemaah pasti tidak akan terlepas untuk berkunjung ke Pasar Kurma yang menjual pelbagai jenis buah kurma untuk di bawa balik kepada para keluarga dan sahabat.

Sekian dahulu dari saya untuk kali nie siri saya membuat umrah dan insyallah kita jumpa lagi di lain post. Insyallah..

WKS – 2008





Umrah Dan Ziarah Mekah

21 09 2008

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulilllah akhirnya tercapai juga cita2 dan impian saya untuk menjejakkan kaki di tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah disamping melawat dan menziarah negara yang di cintai oleh Allah SWT dan juga junjungan kita Rasulullah SAW. Saya telah pun pergi kesana pada 15 August 2008 dan kembali semula pada 23 August 2008 iaitu selama 13 hari 11 malam….Saya telah kesana melalui package daripada syarikat Andalusia Travel yang terletak di Kuala Lumpur…..

Semasa di sana sempatlah saya shot beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan saya dan juga mungkin juga dapat di kongsi bersama2 saudara dan saudari yang sudi datang dan menziarah di web saya nie..

Ok ler saya tak pandai nak cerita macam member di blog lain …tapi saya harap dengan paparan nie anda semua memahaminya…Insyallah….

Wassalam…

WKS 2008.

Gambar Kaabah ditengah-tengah Masjidil Haram. Kaabah ialah tempat dimana umat islam seluruh mengadap untuk menunaikan perintah Allah SWT. Kelihatan jemaah sedang melakukan tawaf samaada tawaf umrah ataupun tawaf sunat dengan mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali pusingan.Gambar ini di ambil ketika tengahari dalam jam 12 tengahari iaitu sementara menunggu masuknya waktu solat zuhur.

Gambar di hadapan Masjidil Haram diantara Babul (Pintu) King Abdul Aziz dan Babul (Pintu) King Fahd. Kelihatan orang ramai sedang sibuk keluar dan masuk ke dalam masjid ini untuk melakukan ibadah.

Salah seorang dari rakan saya sedang memandang kearah kawasan pembinaan yang sedang giat di jalankan ketika ini untuk membangunkan kawasan Masjidil Haram. Ianya adalah untuk kegunaan jemaah yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Pembinaan sedang di lakukan oleh Kontraktor yang telah di lantik.Hotel2 yang lama juga sudah di robohkan dan kerja2 meratakan bukit2 di sekitar sedang sibuk di lakukan ketika ini.

Kelihatan jemaah keluar dan balik ke hotel dan tempat penginapan masing2 setelah selelai melakukan solat berjemaah di Masjidil Haram.

Penjual mengambil peluang menjual barang2 di kaki lima jalan ketika jemaah sedang keluar dan balik daripada menunaikan solat berjemaah.

Kelihatan wanita arab bertudung (jilbab) berjalan di kaki lima kedai dan jalan.

Jabar (Bukit) Rahmah yang terletak di padang arafah. Salah satu tempat mustajab untuk di kabulkan doa. Kepada yang belum bertemu jodoh, Insyallah boleh berdoa dan berusaha dengan berdoa kepada Allah di sini. Insyallah.

Jabar (Bukit) Thur. Terletak di tengah2 di dalam gambar. Tempat di mana Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar As Sidiq bersembunyi melarikan diri dari kaum Kafir Quraisy yang cuba membunuhnya ketika itu.

Masjid (Maaf saya terlupa namanya) tempat di mana jemaah berhenti untuk bermiqat sebelum mengerjakan Ibadah Umrah.

P/S: Selepas nie insyallah jika berkesempatan saya akan menunjukkan pula gambar2 di Madinah di post seterusnya. Insyallah. Di kesempatan nie juga saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin” kepada semua rakan yang di kenali atau tidak secara realiti dan juga kepada pelawat2 yang sudi melawat ke Website nie.Segala kekurangan datangnya dari saya dan yang terbaik adalah dari ALLAH SWT.





Perkahwinan Min & Nazri.

9 09 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelawat2 webblog saya yang tak seberapa nie…Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua rakan2 yang sudi singgah melawat disini…

Sebenarnya sudah lama web nie tidak di update sehingga gambar client saya juga agak lewat di update di sini walaupun majlis nyer telah pun berlangsung 1 bulan yang lalu…Walau bagaimanapun saya telah pun memaklumkan terlebih dahulu kepada beliau bahawa gambar2 beliau saya terpaksa lambatkan di sebab kan saya pergi mengerjakan umrah …Dan Alhamdulillah juga terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana memahami dan sporting dalam perkara nie…Alhamdullillah dan terima kasih sekali lagi dari saya kepada mereka berdua…

Majlis mereka berdua sebenarnya telah pun berlangsung pada 08/08/08 – Pernikahan dan 09/08/08 – Resepsi…Saya telah di pilih oleh mereka sebagai jurugambar mereka pada majlis tersebut….Alhadulillah dengan kesabaran dan sifat sporting mereka, amanah dan tanggungjawab yang telah di berikan oleh mereka dapat saya laksanakan sebaik mungkin yang termampu dan terdaya oleh saya…..

Saya pun tak berapa pandai nak tulis pepanjang, jadi di bawah nie ada beberapa keping gambar untuk tatapan beliau dan kawan2 yang melawat….Di harap segala kekurangan dan apa yang tidak dapat di penuhi oleh saya harap di maafkan …..Terima kasih sekali lagi dari saya kepada mereka berdua diatas kepercayaan yang di berikan dan disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ” Selamat Pengantin Baru dan juga Salam Ramadhan……

Jumpa lagi kita di lain masa…Insyallah

Wassalam

WKS