Lagi lagi Anin Sofia….

15 02 2009

Assalamualaikum….

Oleh kerana saya kurang beraktiviti untuk mengambil gambar….Jadi tak banyak gambar yang dapat saya dapat uploadkan kat blog setakat nie…Tapi alhamdulillah gambar anak saya Wan Ainin Sofia tidak pernah saya terlupa untuk merakamkannya….Ini adalah gambar2 terbaru yang sempat saya rakamkan melalui kamera saya….Gambar nie menceritakan gelagat Wan Ainin Sofia….Ketika ini dia telah pun berusia 1 tahun 6 bulan….Semakin lincah dan semakin ligat gerak gerinya….Kadang2 agak susah untuk mengawalnya…Tapi apapun dialah penyeri, pemberi sinar dan juga penghilang masalah kepada saya….Dengan melihat gelagatnya yang pelbagai nie membuat kekadang saya ketawa sendirian….

Melalui gambar nie juga rasanya anda semua dapat melihat bagaimana aktif dan lincah nya dia bermain…Ketika nie dia sedang bermain2 di halaman rumah mak mertua saya di Kg Melayu Majidee….Rumah nie 2 tingkat dan di depan nya terdapat tangga untuk ke halaman utama rumah…Di tangga tersebutlah dia turun naik bermain ….Mungkin juga baginya satu keseronokkan bermain di situ…Maklumlah baru dapat kaki org kata….Memang agak berbahaya bermain di situ kerana dia baru saja mula nak stabil berjalan….Walaubagaimanapun saya tetap memerhatikan tingkah lakunya takut2 kejadian yang tak di ingini berlaku….Malang tak berbau org kata…..

Apapun terima kasih kepada anda semua kerana sudi datang melawat dan menjenguk web saya di sini…





Lama……

9 02 2009

Assalamualaikum, Agak lama saya menyepi dan tak update blog nie dah …..Line internet yang tak berapa nak ok membuatkan saya kekadang malas nak masuk internet….Kali terakhir saya letakkan gambar pun bulan 11, 2008 hari tuh…Hampir 3 bulan dah berlalu….Penjam celik, pejam celik rupanya masa berlalu dengan begitu pantas sekali….Tahun 2009 pun dah masuk bulan kedua sekarang…..Apapun rasanya tak terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada anda semua yang sudi dan masih tak jemu untuk melawat ke sini….. Mengenai gambar yang saya amik, pada bulan 12, 2008 hari tuh saya balik ke kampung melawat ibu di sana…Masa tuh musim tengkujuh dan hujan pun lebat..Kawasan yang rendah kebanyakkan di naikki air ….alhamdulillah rumah ibu saya tidak terlibat dengan banjir dan selamat…..Walaupun begitu air didepan rumah tetap juga bertakung …..Musim2 macamnie, kanak2 la paling seronok kerana dapat bermain dengan air….Risiko memang ada tapi budak2 nie apalah yang dia tahu…yang penting keseronokkan…..Apapun ibu bapa lah yang berperanan dalam menjaga dan menasihatkan anak2…Di bawah adalah gambar yang sempat saya rakamkan kegirangan kanak2 bermain air ketika di musim tengkujuh…..

Di bawah pula saya letakkan gambar terakhir yang saya amik setakat nie…..Gambar di Kuala Lumpur City Centre…Gambar menara berkembar petronas yang terletak di KLCC di waktu malam untuk tatapan saudara/ri….

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang tidak pernah jemu datang masuk ke laman blog saya nie….Di harap dengan kunjungan dari saudara/ri dapat mengekalkan laman blog nie sehingga selamanya….Juga masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2009 dan selamat tahun baru hijrah….Insyallah berjumpa lagi kita di lain post….

Wassalam

WKS 2009