Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulilllah akhirnya tercapai juga cita2 dan impian saya untuk menjejakkan kaki di tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah disamping melawat dan menziarah negara yang di cintai oleh Allah SWT dan juga junjungan kita Rasulullah SAW. Saya telah pun pergi kesana pada 15 August 2008 dan kembali semula pada 23 August 2008 iaitu selama 13 hari 11 malam….Saya telah kesana melalui package daripada syarikat Andalusia Travel yang terletak di Kuala Lumpur…..
Semasa di sana sempatlah saya shot beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan saya dan juga mungkin juga dapat di kongsi bersama2 saudara dan saudari yang sudi datang dan menziarah di web saya nie..
Ok ler saya tak pandai nak cerita macam member di blog lain …tapi saya harap dengan paparan nie anda semua memahaminya…Insyallah….
Wassalam…
WKS 2008.

Gambar Kaabah ditengah-tengah Masjidil Haram. Kaabah ialah tempat dimana umat islam seluruh mengadap untuk menunaikan perintah Allah SWT. Kelihatan jemaah sedang melakukan tawaf samaada tawaf umrah ataupun tawaf sunat dengan mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali pusingan.Gambar ini di ambil ketika tengahari dalam jam 12 tengahari iaitu sementara menunggu masuknya waktu solat zuhur.

Gambar di hadapan Masjidil Haram diantara Babul (Pintu) King Abdul Aziz dan Babul (Pintu) King Fahd. Kelihatan orang ramai sedang sibuk keluar dan masuk ke dalam masjid ini untuk melakukan ibadah.

Salah seorang dari rakan saya sedang memandang kearah kawasan pembinaan yang sedang giat di jalankan ketika ini untuk membangunkan kawasan Masjidil Haram. Ianya adalah untuk kegunaan jemaah yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Pembinaan sedang di lakukan oleh Kontraktor yang telah di lantik.Hotel2 yang lama juga sudah di robohkan dan kerja2 meratakan bukit2 di sekitar sedang sibuk di lakukan ketika ini.

Kelihatan jemaah keluar dan balik ke hotel dan tempat penginapan masing2 setelah selelai melakukan solat berjemaah di Masjidil Haram.

Penjual mengambil peluang menjual barang2 di kaki lima jalan ketika jemaah sedang keluar dan balik daripada menunaikan solat berjemaah.

Kelihatan wanita arab bertudung (jilbab) berjalan di kaki lima kedai dan jalan.

Jabar (Bukit) Rahmah yang terletak di padang arafah. Salah satu tempat mustajab untuk di kabulkan doa. Kepada yang belum bertemu jodoh, Insyallah boleh berdoa dan berusaha dengan berdoa kepada Allah di sini. Insyallah.

Jabar (Bukit) Thur. Terletak di tengah2 di dalam gambar. Tempat di mana Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar As Sidiq bersembunyi melarikan diri dari kaum Kafir Quraisy yang cuba membunuhnya ketika itu.
Masjid (Maaf saya terlupa namanya) tempat di mana jemaah berhenti untuk bermiqat sebelum mengerjakan Ibadah Umrah.
P/S: Selepas nie insyallah jika berkesempatan saya akan menunjukkan pula gambar2 di Madinah di post seterusnya. Insyallah. Di kesempatan nie juga saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin” kepada semua rakan yang di kenali atau tidak secara realiti dan juga kepada pelawat2 yang sudi melawat ke Website nie.Segala kekurangan datangnya dari saya dan yang terbaik adalah dari ALLAH SWT.







mcm mana ko bole ambik gambo dlm masjidil haram tu?..tapi apa2 pun gambo ko mmg cun…aku suka…#1&2
WKS Reply : Aku dah terangkan kat dalam posting aku atas tuh…..Apapun terima kasih karemm mohamad.
alhamdulillah…doakan saya sampai kesana jugak.
lovely pics..like always. the kaler is sooo…cun!!!!
WKS Reply : Insyallah akan tiba masanya anda juga kesana…..Apapun thanks so much…
alhamdulillah.. bro dapat menjejakkan kaki di sana
gambar hasil tangan bro mmg sentiasa cantik dan saya suka nengok..
WKS Reply : Alhamdulillah…..Insyallah kamu juga akan kesana nanti….Apapun terima kasih bebanyak sudi melawat web saya…
alhamdulillah…
bestnyerr ke sana
WKS Reply : Alhamdulillah memang seronok kesana…
Wan…terima kasih kerana berkongsi gambo. tak dapat pegi, dpt tengok pun jadi la. Selamat Hari Raya…Maaf zahir & batin…makan minum pun halal ye!
WKS Reply : Sama2 bro…Insyallah apa yang mampu saya kongsikan dengan kawan2….
wah, sonoknyerrr dapat pergi tengok kaabah.. nice blog
salam aidilfitri
WKS Reply : Alhamdulillah memang seronok kesana…Terima kasih
selamat hari raya buat abg sekeluarga.
semoga berbahgia dihari itu.
WKS Reply : Terima kasih…
salam bro. lama x melawat gallery bro. chantek gambar-gmabr as ussual. lawa btul gmbr kat tanah suci nie. eh arab saudi bagi bawak dslr ke kesana?
btw, bro, selamat hari raya aidilfitri. kalau ada tersilap tutur kata atau coretan, harap dimaafi. salam fotografi
WKS Reply : Terima kasih oblind…..Gi arab bole aja bawak DSLR…Tapi ada setengah tempat tak leh bawak kamera…..Kena pepandai ler nanti…
Alhamdulillah… kerana cikgu Wan dapat gak jejak kaki ke sana, disamping membuat banyak amalan amalan berpahala. Mungkin bila kita semua sampai ke sana, keadaan sudah banyak berubah. Bolehlah nanti dirujuk kembali gambar-gambar dari koleksi mantap WKS ni.
WKS Reply : Terima kasih atas ucapan YB kepada saya…..Terharu saya…..apapun alhamdulillah boleh saya katakan …..
salamz …
saya ingin mengucapkan salam aidilfitri …
hope eppy² dgn family tercinta
FarEast & family
WKS Reply : Terima kasih bebabnyak…
alhamdulillah..
salam aidilfitri & maaf zahir batin dr kami sekeluarga..
jemput dtg umah nanti ye..
WKS Reply : Terima kasih atas ucapan….:D
salam aidilfitri wahai sahabat..
info yang menarik..
nak tanya satu jek..kat dalam kawasan masjidil haram tu boleh bawak kamera ker??
WKS Reply : Terima kasih…Kamera compact boleh sebab ramai bawak …tapi kamera DSLR agak susah dan perlukan kebenaran….
Salam Aidilfitri.. Maaf Zahir & Batin…
Semoga bergembira di lebaran ini…
Bertuah betul dapat amik gambar dalam Masjidil Haram… Nasib baik kamera tak kena amik dari polis Masjidil Haram…
WKS Reply : Alhamdulillah….dan alhamdulillah sekali lagi sebab tak di amik oleh polis sana…Hehhehe
best gambar2 ko masa gi umrah nih… sbb dorang underconstruction, bley la bwk masuk kamera n amek gambo teruih yekk… salam aidilfitri…
WKS Reply : Compact kamera boleh bawak secara bebas tapi tidak pada DSLR sebab kalau bawak memang kena tahan atau di rampas…..Hehhehhe
bila la agaknya saya dapat ke Tanah Suci….
Hati ini hendak sangat ke sana…
InsyaAllah ada rezeki sampailah saya di sana.
WKS Reply : INsyallah satu hari nanti anda akan kesana gak….
Salam Aidilfitri bro!
Must be good to be able to spend quality time there.
Btw for ur 1st photo, did u take the shot from the inside of Masjidil Haram?
The last time I went there in 2001, the security personnel outside the mosque did not allow any camera to be taken in…
How’s the situation now?
WKS Reply : Yup, i took it inside Masjidil Haram..For that photo i ask for permission to bring in the DSLR camera. Alhamdulillah he allowed me to bring in..So far the situation there is ok but a lot of new construction is on going.
salam lama tak jenguk blog ni.. alhamdulillah dah sampai ke tanah suci.. datang kl boleh lepak skali nnt..
WKS Reply : Thanks sebab sudi menjenguk lagi ke sini…..Alhamdulillah dah sampai…Insyallah nanti kita jumpa kat KL….
bro bila nak hapdet? nak tgk gambar2 best dr bro nie
WKS Reply : Dah update…..Hehhehe
belum ader hapdet terbaru nampaknya..
Nak tanya, brader ader pernah buat entry kat FP dulu pasal print gambar lepastu frame dan gantung kat dinding rumah..kawan nak dapatkatn art frame tapi tak tau kat maner ader jual/ bleh tempah…brader buat kat maner eh?
WKS REply : Saya beli dekat pasaraya jer…Yang saya tunjuk dalam FP saya tuh saya beli kat Jusco …..Kalau nak tempah taman jhor jaya banyak ada kedai frame…..
Selamat Hari Raya. Apa tak ajak kita gi umrah sekali? Gi dengan Ustaz Omar ke ni? Lawa gambar yg diambil.
WKS Reply : Ustaz omar? Saya tak kenal siapa tuh…..Pergi ngan andulusia agent…..
salam..lame tak berkunjung ke sini….
style bro ttp same..
dr dulu sy tgk smpi lani…
mmg menawan hati…
update lagi bro…..
WKS reply : Terima kasih bebanyak…
lame tak dgr cite? sihat? best nye dh gi umrah..
WKS Reply : Alhamdulillah sihat..Cuma bz sikit…Itu lama tak update…
y ALLAH….Izinkanlah hambamu ini hijrah krumahMu dBaituL HaraM n Lebarkanlah ReZeki hamba ini…amien…Myke-malang-indonesia
WKS Reply: INsyallah bro…
doakan semoga dapat pergi umrah nak melawat rumah Allah dengan berkat Amin….