www.wksphoto.net

4 10 2010

Assalamulaikum,

Sudah laman blog di sini tidak di update oleh saya. Ini kerana saya telah pun memindahkan semua data di sini kepada domain dan blog baru saya di www.wksphoto.net. Untuk mereka yang masih ingin melihat gambar2 terbaru dari saya silalah berkunjung di www.wksphoto.net.

Wassalam.

WKS





Gambar Wan Nur Alisha dan Wan Ainin Sofia lagi…

28 12 2009

Assalamulaikum…

Tiada apa yang nak di ceritakan kali tetapi ingin berkongsi gambar dua orang anak saya yang baru saya rakamkan selepas hari krimas hari itu….Gambar diorang di ambil menggunakan 2 buah lighting yang telah lama saya tidak gunakan…..Tak tahulah skill masih ada or dah kurang…So andalah yang menilainya….Selamat melihat dan menatap….

WKS 2009





Ainin & Alisha

21 12 2009

Lama tak berupdate blog nie…Dah berabuk dah rupanya….Masa pun kejap jer berlalu….Tahu2 je dah di kurniakan sorang lagi anak ….Dah hampir 2 bulan dah sekarang…Alhamdulillah ini semua adalah rezeki dari ilahi…

Anak kedua aku nie nama dia Wan Nur Alisha dan di lahirkan pada 14.10.09 di Hospital Pakar Puteri, Johor Baharu pada jam 1:20am secara caesarian (bedah) ….Masa Ainin dulu aku boleh masuk untuk amik gambar saat dia mula2 kuar…Tapi untuk anak aku Alisha nie aku tak dibenarkan masuk di sebabkan kes kecemasan dan hanya dapat menunggu di luar sahaja….

Di bawah gambar2 beliau dari umur pertama sehinggalah 2 bulan untuk tatapan kawan2…Di selitkan juga gambar2 akak dia Ainin…..





Wedding Ubai & Naz

5 09 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Agak lama tak berupdate blog nie dan juga upload gambar2 baru….Kali nie saya ingin memaparkan gambar pengantin yang saya ambilĀ  kira2 1 bulan yang lepas …..Gambar ni adalah gambar pasangan pengantin Ubaidillah dan Nazlina ….Kedua2 mereka adalah pasangan pengantin berkerja satu syarikat….Pertemuaan mereka juga adalah ketika mereka bekerja di syarikat ni juga….Majlis mereka telah di langsungkan di Rawang Selangor pada 08.08.09….

Di sini saya sebagai jurugambar kepada pasangan ini ingin memohon maaf di atas kelewatan dan juga jika ada ke tidakpuasan di pihak Ubaidillah dan Nazlina…Semoga perkahwinan anda berdua kekal bahagia selama-lamanya….

Dan kepada pelawat2 blog saya, saya ucapkan terima kasih kerana sudi melihat dan meninggalkan komen di sini….Tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan kepada kamu semua Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Merdeka ke 52….

Di bawah adalah gambar2 yang saya pilih secara rawak untuk di paparkan…

Wassalam





Ainin Sofia Jalan2 Cari Makan…..

26 07 2009

Assalamualaikum….

Lama tak letak gambar terbaru anak saya….Kali nie nak letak gambar Ainin jalan2 masa kami sekeluarga bercuti balik ke Kelantan 2 minggu yang lepas…..Gambar nie di amik ketika kami sekeluarga jalan2 kat Rantau Panjang, Kelantan….Gambar adalah gambar candid Ainin ketika dia berjalan di sekitar kawasan tempat membeli belah di Rantau Panjang…..Di bawah adalah aksi2 beliau yang telah di rakamkan….

Bergaya sederhana untuk keluar berjalan2 dengan memakai topi dan membawa bag galas…

” emm’..apa yerk nak cari? Mainan ker makanan ?”

“Mana mama dan ayah nie ? Kedai aku cari dah jumpa dah..”

“Takpelah…Biar aku pilih2 dulu yang mana best”

“Warghhh dah ngantuk….Balik tido dulu…Bye”

Di bawah nie plak gambar ainin dan sepupu ainin serta kawan2 ainin ketika pulang ke kampung……

Ainin dan sepupu di Kuala Terengganu.

Ainin dan sepupunya di Rompin, Pahang…

Ainin dan kawan2nya di Kelantan…

Terima kasih dan jumpa lagi…..

WKS 2009








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.